fb fb fb fb fb

PM rasmi Program Gerak Rahmah 2024, 10,000 bekas bubur lambuk diagihkan

FOTO Facebook Saarani Mohamad

IPOH, 25 Mac- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Program Gerak Rahmah 2024: Jom Masak Bubur Lambuk Perpaduan Peringkat Negeri Perak di Dewan Orang Ramai Taman Meru, Ipoh.

Seramai 450 peserta terdiri daripada 20 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Parlimen Tambun dan 10 agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam program tersebut. 

Secara keseluruhan, sebanyak 10,000 bekas bubur lambuk diedarkan kepada penduduk sekitar.

Pada program sama, Datuk Seri Anwar turut mengedarkan 150 sumbangan Kotak Rahmah kepada asnaf di Parlimen Tambun. 

Turut hadir pada program tersebut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Datuk Che Roslan Che Daud.

ROSLINA BINTI DIN