fb fb fb fb fb

PM rai sambutan hari raya bersama Keluarga Malaysia di Jepun

(Keluarga Malaysia di Jepun dalam sambutan hari raya bersama Perdana Menteri)

TOKYO, 25 Mei- Sempena lawatan kerja di sini, Perdana Menteri meluangkan masa bertemu Keluarga Malaysia, dalam satu majlis sambutan hari raya, berlangsung dalam suasana mesra dan meriah dengan kehadiran kira-kira 200 jemputan.

Antara Keluarga Malaysia berkenaan merupakan komuniti perniagaan serta golongan pekerja di negara matahari terbit itu.

Manakala mahasiswa yang hadir merupakan mereka yang sedang melanjutkan pelajaran di Tsukuba University; Utsunomiya University; dan Tokyo Denki University.

Rata-ratanya teruja dapat bertemu Perdana Menteri buat pertama kali setelah lebih dua tahun tidak dapat pulang berhari raya di Malaysia disebabkan situasi COVID-19.

Ismail Sabri segak berbaju melayu berwarna ungu, hadir bersama isteri Perdana Menteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Seri Saifudin Abdullah; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Faizal Azumu; dan Menteri Perdagangan dan Antarabangsa Industri, Datuk Seri Azmin Ali serta pegawai-pegawai Kedutaan Malaysia di Tokyo.

(Ismail Sabri menyantuni Keluarga Malaysia di Jepun dalam majlis sambutan hari raya)

Terdaulu, Ismail Sabri yang kini dalam rangka lawatan kerja ke Jepun, mengadakan pertemuan empat mata bersama rakan sejawat dari Singapura, Lee Hsien Loong.

Berita berkaitan 
PM bertemu Hsien Loong bincang isu berbangkit dalam pemukiman Malaysia-Singapura

Jadual padat menanti Perdana Menteri esok pada Persidangan Nikkei selain dijadual mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Jumaat.

Media Baharu