fb fb fb fb fb

PM bertemu Hsien Loong bincang isu berbangkit dalam pemukiman Malaysia-Singapura

TOKYO, 25 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong di Tokyo pagi tadi.

Pertemuan selama 30 minit bersama rakan sejawatannya itu membincangkan mengenai penganjuran acara tahunan pemukiman Malaysia-Singapura yang akan dihoskan negara itu tahun ini.

"Kami berbincang mengenai tarikh pemukiman yang dijangka akan dilaksanakan pada penghujung September atau awal Oktober depan,

"Delegasi Malaysia akan ke Singapura untuk membincangkan pelbagai perkara yang akan segera diselesaikan," jelasnya kepada media di Tokyo, Jepun.

(Datuk Seri Ismail bertemu Lee Hsien Loong di Imperial Hotel, Tokyo pagi tadi)

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Lee Hsien Loong dijadualkan akan menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Nikkei bersama beberapa ketua negara yang lain, pagi esok.

Dalam lawatan kerja rasmi sulung ke Jepun kali ini, Perdana Menteri turut dijadual mengadakan pertemuan empat mata bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida pada Jumaat.

Media Baharu