fb fb fb fb fb

HFMD: Melaka catat peningkatan kes

JALAN TAMING SARI, 26 Mei - Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) terus menular dan mencatatkan peningkatan kes di sekolah rendah di Melaka.

Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, setakat ini sebanyak 135 kes di 67 buah sekolah rendah telah dilaporkan di negeri tersebut.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 51 kes membabitkan murid prasekolah dan sekolah rendah di Jasin, 46 kes di daerah Alor Gajah, manakala 38 kes membabitkan murid di Melaka Tengah.

Bagaimanapun, katanya, masih tiada sekolah atau kelas yang ditutup. Manakala sesi pembelajaran dan kegiatan ko-kurikulum di sekolah berjalan seperti biasa setakat ini.


(Exco Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin)

"Jadi saya ingin menyeru kepada para guru dan ibu bapa supaya dapat bersama-sama menjaga anak-anak kita ini terutamanya supaya tidak berlaku penularan kes yang lebih tinggi lagi.

"Jadi, antara saranan yang boleh kita lakukan sentiasa kerap menjaga kebersihan anak-anak, pada masa yang sama, para ibu bapa kita mohon sekali lagi kalau nampak anak itu mempunyai simptom,segera dapatkan rawatan, jangan hantar anak-anak ke sekolah", katanya.

Beliau berkata demikian selepas bersiaran dalam sebuah program di Konti MelakaFM, Jalan Taming Sari.

Datuk Rais turut menasihati ibu bapa supaya tidak terlalu panik dan menghantar anak-anak yang tidak bergejala ke sekolah seperti biasa.

Media Baharu