fb fb fb fb fb

GBC MALTHAI ke-55 terus perkukuh jalinan pertahanan Malaysia-Thailand

KUALA LUMPUR, 26 Mei- Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempengerusikan Mesyuarat ke-55 Jawatankuasa Sempadan Am Malaysia-Thailand (GBC MALTHAI) di ibu negara.

Mesyuarat itu turut dipengerusikan secara bersama dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prawit Wongsuwan yang juga merangkap Menteri Pertahanan Thailand.

Mesyuarat dijangka membincangkan isu pertahanan dan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand selain langkah bagi terus memperkukuh jalinan hubungan pertahanan kedua-dua negara.

Pada mesyuarat tersebut, Malaysia diwakili Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz.

Manakala, delegasi Thailand diwakili Timbalan Menteri Pertahanan, Jeneral Chaichan Changongkol, Panglima Angkatan Tentera Thailand, Jeneral Chalermpol Srisawat dan Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Thailand, Jeneral Supot Malaniyom.

(Datuk Seri Hishammuddin dan Jeneral Prawit Wongsuwan mempengerusikan secara bersama GBC MALTHAI di ibu negara)

Terdahulu pada sebelah pagi, Datuk Seri Hishammuddin menerima kunjungan hormat Jeneral Prawit Wongsuwan di pejabatnya.

Ia merupakan sebahagian jadual Prawit ketika melakukan lawatan kerja rasmi sulung ke Malaysia selepas pandemik Covid-19.

Media Baharu