fb fb fb fb fb

PM panggil Perak, Pulau Pinang runding hal air

(Perdana Menteri merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2023
bertemakan Accelerating Change’ di Stadium Indera Mulia Ipoh)

IPOH, 11 Mac- Perdana Menteri akan mengadakan rundingan bersama Menteri Besar Perak dan Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu bekalan air mentah membabitkan kedua-dua negeri.

Menurut Perdana Menteri, sebarang keputusan mengenainya akan dimuktamadkan selepas semua kajian dibuat secara ilmiah dan saintifik.

"Sedang dalam perbincangan, kerana tentunya Perak beri keutamaan kepada penduduk negeri sendiri, itu tidak salah cuma dasar, kita tengok apakah benar lebihannya banyak unjuran untuk keperluan lima tahun, 10 tahun itu semua dikaji secara ilmiah dan saintifik kemudian baru buat keputusan,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2023 bertemakan Accelerating Change’ di Stadium Indera Mulia Ipoh.

Datuk Seri Saarani sebelum ini tetap dengan pendirian tidak akan membekalkan air ke Pulau Pinang bawah Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS).

Keputusan itu dibuat kerana sumber air hanya mencukupi untuk kegunaan dalam negeri.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu