fb fb fb fb fb

Banjir: Empat daerah di Johor masih terjejas

(Foto BERNAMA)

JOHOR, 11 Mac- Banjir di Johor menyebabkan seramai 44,779 penduduk masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 12.00 tengah hari tadi.

Jumlah itu dilihat berkurang berbanding 44,937 orang setakat pukul 8.00 pagi tadi.

Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, ia melibatkan 12,683 keluarga di 169 PPS di empat daerah.

"Batu Pahat merekodkan penduduk terjejas paling ramai iaitu 39,951 orang di 115 PPS.

"Diikuti Muar, 2,534 orang di 19 PPS, Tangkak 1,662 orang di 17 PPS dan Segamat, 632 orang di 18 PPS.

"Enam sungai di Batu Pahat dan dua sungai di Muar merekodkan paras bahaya," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu