fb fb fb fb fb

KWSP sebagai cagaran hanya babitkan kes keperluan mendesak- PM

(FOTO HIASAN)

IPOH, 11 Mac- Keputusan membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk dijadikan cagaran dibuat disebabkan beberapa keperluan mendesak.

Perdana Menteri berkata sekiranya permohonan itu munasabah ianya boleh dipertimbang dan diteliti mengikut syarat-syarat ditetapkan.

Kerajaan mempertimbangkan keputusan tersebut selepas negara tidak lagi berhadapan dengan COVID-19.

"Ada beberapa kes yang saya sebut, ada kes yang mendesak contohnya walaupun dia ada wang tetapi tidak boleh bayar yuran pendidikan di luar negara, kes kes seperti itu diteliti, tetapi kita tidak benarkan diambil daripada caruman KWSP dan syaratnya ketat,"katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2023 bertemakan Accelerating Change’ di Stadium Indera Mulia Ipoh.


(Perdana Menteri berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Air Sedunia 2023

bertemakan Accelerating Change’ di Stadium Indera Mulia Ipoh)

Media Baharu