IPOH,11 Mac-Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sebanyak 100 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) akan diwujudkan menjelang tahun ini.
Menurut Menterinya, Nga Kor Ming, setakat ini KPKT telah mewujudkan 32 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu (DTRC) di tujuh negeri yang menerima pakai Akta 672 dalam tempoh 100 hari pertama pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Tambahnya, pelaksanaan DTRC dilihat mampu menyumbang kepada peningkatan kadar kitar semula kebangsaan sebanyak 40 peratus menjelang 2025.
"Kita akan mewujudkan banyak Pusat kitar Semula Pandu Lalu di lokasi-lokasi strategik agar kadar bahan kitar semula setaraf dengan negara maju. Sasaran kita adalah 40 peratus menjelang 2025", katanya kepada media pada Majlis Perasmian Hari Landskap Negara 2023 (HLN2023) yang telah dirasmikan Perdana Menteri Datuk SeriAnwar Ibrahim di Taman DR Seenivasagam, di Ipoh.
DTRC yang dilaksanakan menerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) merupakan inisiatif berkonsepkan mesra pengguna bagi menggalakkan orang ramai membudayakan amalan kitar semula.
(Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming/Foto RTM)