fb fb fb fb fb

81.2% graduan Kolej Vokasional dapat pekerjaan - Fadhlina

(Foto BERNAMA)

NILAI,11 Mac- Sebanyak 81.2 peratus daripada 9,507 graduan Kolej Vokasional telah mendapat pekerjaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata keyakinan serta kemahiran yang spesifik dalam bidang kemahiran menjadikan graduan berkenaan berdaya saing.

Mereka juga mampu mengisi perjawatan di sektor swasta serta bergerak sebagai tenaga mahir peneraju industri.

"Kadar kebolehpasaran graduan Kolej Vokasional 2021 adalah sebanyak 99.16 peratus.

"Sebanyak 81.2 peratus graduan tahun 2022 yang bergraduasi pada 6 hingga 12 Mac telah mendapat pekerjaan sebelum konvokesyen.

'Saya berbangga dengan semua graduan hari ini dan khususnya kementerian dalam memastikan kebolehpasaran hampir dijamin," katanya kepada pemberita di sini.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu