KOTA BHARU, 11 Mac- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedia menambah perjawatan tetap sektor perubatan sekiranya mendapat peruntukan mencukupi daripada Kementerian Kewangan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni berkata pihaknya sentiasa memberi perhatian serius mengenai perkara itu selain perbincangan bersama-sama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
"Sesi 'townhall' bersama doktor perubatan turut diadakan dari masa ke masa untuk mendapat maklumat tentang permasalahan dihadapi.
"Isu perjawatan berkenaan tersebut akan diselesaikan secara berfasa termasuk mewujudkan jawatan kekal di fasiliti dan klinik baharu yang memerlukan khidmat dalam sektor perubatan.
"Selepas ini, setiap tahun KKM akan menambah 1,500 perjawatan tetap.
"KKM juga akan mewujudkan perjawatan di fasiliti baru, memandangkan terdapat hospital dan klinik baru yang akan beroperasi.
Menurut Lukanisman, lebih 4,900 kekosongan jawatan tetap akan ditawarkan tahun ini membabitkan perjawatan farmasi dan doktor pergigian.
Media sebelum ini melaporkan, kriteria pengambilan pegawai perubatan secara tetap akan diperketatkan bagi mengelakkan doktor yang tidak layak memasuki perkhidmatan kesihatan negara.
(Menurut Lukanisman, lebih 4,900 kekosongan jawatan tetap akan ditawarkanÂ
tahun ini membabitkan perjawatan farmasi dan doktor pergigian)