PM minum petang bersama TYT P.Pinang sebelum pulang ke ibu negara

Foto Jabatan Perdana Menteri

GEORGE TOWN, 29 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Pulau Pinang dengan menghadiri majlis minum petang bersama dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ramli Ngah Talib di Seri Mutiara, George Town, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Anwar: pertemuan akan memperkukuh hubungan dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri.
  • Tun Ramli berbesar hati menerima kunjungan dan menganggapnya ruang bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa di Pulau Pinang dan negara.
  • Pertemuan diceriakan gelagat cucunda Aldrey, teruja mengajukan pelbagai soalan dan dilayani Datuk Seri Anwar dengan penuh mesra.
  • Tun Ramli mengucap terima kasih atas ziarah dan silaturahim yang terus terpelihara.

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Anwar berkata pertemuan itu akan terus memperkukuh hubungan dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Pulau Pinang.

“Insya-Allah, pertemuan ini akan terus memperkukuh hubungan dan kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negeri,” katanya.

Dalam pada itu, Tun Ramli berkata beliau berbesar hati menerima kunjungan Datuk Seri Anwar serta menyifatkan ziarah tersebut sebagai ruang untuk bertukar pandangan mengenai beberapa perkembangan semasa berkaitan Pulau Pinang dan negara.

“Saya amat menghargai kesudian Datuk Seri Anwar meluangkan masa berkunjung ke Seri Mutiara sebelum terus berangkat pulang ke Kuala Lumpur.

“Pertemuan turut diceriakan dengan gelagat cucunda, Aldrey yang begitu teruja mengajukan pelbagai soalan dan dilayani Datuk Seri Anwar dengan penuh mesra.

“Terima kasih atas ziarah dan silaturahim yang terus terpelihara,” katanya menerusi Facebook.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.