fb fb fb fb fb

PM meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina KLSCAH

Foto FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 10 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir memeriahkan sambutan Majlis Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara.

Beliau yang tiba sekitar pukul 11.30 pagi tadi disambut meriah, dengan kehadiran lebih 500 tetamu.

Turut mengiringi beliau adalah Presiden KLSCAH, Ngan Teng Ye.

Majlis tersebut turut dihadiri Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong.

Ia turut diserikan dengan kehadiran Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Semua tetamu kenamaan kemudian turut melakukan upacara menggaul Yee Sang antara hidangan tradisi dan popular Tahun Baharu Cina.

Acara itu turut dihadiri pelbagai wakil badan bukan kerajaan (NGO) pelbagai kaum dengan beberapa aktiviti lain turut disediakan.

Antaranya, pengunjung berpeluang melakukan aktiviti seni kaligrafi, dijamu dengan hidangan makanan tradisional Cina, selain dimeriahkan lagi dengan persembahan nyanyian.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM