(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bercakap ketika sidang pada Program Ramah Mesra Petugas Jalinan Rakyat (JR) Barisan Nasional Bersama Ketua UMNO Bahagian Bera/BERNAMA)
BERA, 19 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta jentera parti Barisan Nasional (BN) bersiap siaga meskipun tarikh sebenar Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) belum diumumkan.
Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, PRU 15 akan diadakan selewat-lewatnya Julai tahun depan iaitu kira-kira setahun dari sekarang, sebelum tamat tempoh.
Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan PRU 15 diadakan sebelum Julai tahun hadapan.
Berita berkaitan
Tarikh PRU15 belum diputuskan
Tumpu pemulihan ekonomi serta kenaikan harga dan bekalan makanan dahulu, bukan PRU 15 - PM
PRU-15: Ahli politik jangan desak, tangguh hingga fasa endemik -KJ
Polis Perak siap sedia hadapi PRU-15
"Bagi parti politik untuk PRU setahun bukanlah lama, jadi kena bersedia kalau paling lewat PRU mungkin lebih awal daripada tarikh akhir penggal. Maknanya kalau paling lewat setahun kalau lebih awal jangka masa lebih dekat sebab itu semua jentera tak kira UMNO, BN perlu bersiap siaga kerana akhirnya PRU akan tiba juga tidak mahu kelam kabut berlaku dalam kalangan jentera," kata Ismail Sabri selepas Perjumpaan Khas dan Ramah Mesra Petugas Jalinan Rakyat Wanita di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.
(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama petugas Jalinan Rakyat (JR) pada Program Ramah Mesra Petugas JR Barisan Nasional Bersama Ketua UMNO Bahagian Bera/BERNAMA)
Beliau memuji Jalinan Rakyat (JR) Bera yang bergabung tenaga bersama MCA dan MIC mengkaji sikap pengundi secara bersemuka, bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada perjumpaan tersebut meerupakan tanda bahawa PRU15 akan diadakan dalam masa terdekat.
Katanya, sejak dahulu pun tidak pernah wujud budaya membincangkan tarikh pilihan raya secara terbuka.