fb fb fb fb fb

Badan kehakiman bebas campur tangan luar

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beramah mesra dengan sebahagian petugas Jalinan Rakyat (JR) pada Program Ramah Mesra Petugas JR Barisan Nasional Bersama Ketua UMNO Bahagian Bera/BERNAMA)

BERA, 19 Jun- Kerajaan memegang prinsip pengasingan kuasa, dengan badan kehakiman bebas menjalankan perbicaraan tanpa campur tangan luar..

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tiada individu yang bebas daripada undang-undang.

Agensi penguat kuasa bebas menyiasat mana-mana pihak yang disyaki terbabit kegiatan jenayah termasuk rasuah.

Sehubungan itu semua pihak diminta supaya tidak mempersoalkan, sebaliknya menghormati agensi penguat kuasa yang menjalankan tugas mengikut perundangan negara.

Berita berkaitan
PM mahu jentera BN sentiasa bersiap siaga hadapi PRU 15
PM Korea berlepas ke Paris dapatkan sokongan bagi penganjuran Ekspo Dunia 2030

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan Khas dan Ramah Mesra Petugas Jalinan Rakyat Wanita di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera/BERNAMA)

"Jaminan badan kehakiman bebas menjalankan perbicaraan tanpa campur tangan mana-mana pihak, selari prinsip pengasingan kuasa yang diamalkan kerajaan.

"Tiada individu mengatasi undang-undang, agensi penguatkuasaan bebas siasat mengikut bidang kuasa diperuntukkan," kata Ismail Sabri selepas Majlis Perjumpaan Khas dan Ramah Mesra Petugas Jalinan Rakyat Wanita di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.

Beliau mengulas tindakan Badan Peguam Malaysia menuntut kebebasan badan kehakiman daripada campur tangan luar.

 

Media Baharu