fb fb fb fb fb

Akta Pendanaan Politik masih di peringkat kajian

BERA, 19 Jun- Akta Pendanaan Politik masih dikaji, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata Jabatan Peguam Negara perlu menyediakan draf perundangan mengenainya terlebih dahulu.

"Dari segi prosedur Jabatan Peguam Negara akan membuat draf dari segi undang-undang dan serahkan kepada Kabinet melalui Jabatan Perdana Menteri.

"Mereka kena bentangkan memorandum kepada Kabinet. Selepas Kabinet luluskan baru bentang di Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan," kata Ismail Sabri selepas Majlis Perjumpaan Khas dan Ramah Mesra Petugas Jalinan Rakyat Wanita di Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera.

(Datuk Seri Ismail Sabri berkata Akta Pendanaan politik masih diperingkat kajian)

 

Media Baharu