fb fb fb fb fb

PM lulus RM6 juta bina benteng sementara atasi banjir di Rantau Panjang

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan terkini situasi banjir dan pengoperasian pasukan keselamatan di Kelantan/FOTO PMO

PASIR MAS, 28 Disember - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM6 juta untuk membina tiga alur limpah di sepanjang benteng Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Rantau Panjang.

Beliau berkata, pembinaan itu akan dilakukan segera bagi mengatasi masalah banjir termenung di kawasan berhampiran dengan setiap satu alur limpah dianggarkan bernilai RM2 juta.

"Benteng sementara itu perlu dilakukan secepat mungkin di tiga tempat yang telah dikenal pasti...

"Benteng pecah itu saya tidak tahu punca tapi ada langkah yang dicadangkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk buat benteng sementara di tiga tempat, masing-masing dengan peruntukan bernilai RM2 juta," katanya semasa sidang akhbar selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sebelum ini, media melaporkan penduduk di Rantau Panjang terpaksa berdepan dengan banjir yang lama semenjak benteng PLSB Sungai Golok pecah pada Selasa lalu.

Keadaan itu mengakibatkan air dari Sungai Lanchang mengalir keluar laju ke arah Sungai Golok.

Pada masa sama pihaknya turut meminta kerajaan negeri supaya menyegerakan proses pengambilan tanah untuk projek PLSB Sungai Golok Fasa 2.

"Peruntukan tambahan berjumlah RM800 juta juga diluluskan bagi mempercepatkan pelaksanaan projek itu yang dijangka bermula awal tahun depan," katanya.

Terdahulu, Anwar meluangkan masa lebih 30 minit melakukan tinjauan di Jambatan Lubok Jong, di sini dan mendengar taklimat daripada wakil JPS negeri mengenai situasi banjir di Kelantan.

ARTIKEL BERKAITAN

GRACE AISYAH KEDAYAN