fb fb fb fb fb

PM lawat Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Tenusu

ROMPIN, 28 Januari - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini meluangkan masa lebih sejam, melawat Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Tenusu Muadzam Shah di Rompin, Pahang.

Beliau yang tiba pada 2.15 petang, dibawa melihat pengoperasian projek perniagaan tani yang dibangunkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC Datuk Baidzawi Che Mat menerusi kenyataan media memaklumkan, projek tersebut dilaksanakan dengan menggunakan Model Syarikat Induk dengan kerjasama rapat Farm Fresh Sendirian Berhad.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri turut diberi penerangan ringkas oleh Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal mengenai pengoperasian kilang.

Turut hadir bersama dalam lawatan itu ialah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Selain itu Menteri Besar dari negeri-negeri Pantai Timur iaitu Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (Pahang), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Terengganu) dan Datuk Ahmad Yakob (Kelantan).

Media Baharu