fb fb fb fb fb

PM lancar jentera perpaduan negeri Kedah

GURUN, 16 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi melancarkan jentera perpaduan negeri Kedah di Padang Awam Guar Chempedak.

Himpunan jentera parti dan penyokong Barisan Nasional dan Pakatan Harapan (BN-PH) itu merupakan sebahagian program sempena lawatan rasmi sehari Perdana Menteri ke Kedah.

Perdana Menteri menyerahkan jaket dan bendera kepada jentera pilihan raya sebagai simbolik pelancaran.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah bagi pelancaran jentera perpaduan
sempena PRU DUN ke-15)

Turut hadir mengiringi beliau Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Mohamad Sabu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Susulan pelancaran itu, siri kempen jelajah akan diteruskan di semua 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Kedah merupakan negeri kedua bagi pelancaran Jentera Perpaduan Negeri selepas Selangor.

Kedah mempunyai 36 kerusi dengan kedudukan terkini menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memiliki 20 kerusi, PH 10 kerusi, UMNO dua kerusi dan Parti Pejuang juga dua kerusi.

 

Media Baharu