(Ihsan JBPM)
BANDAR SAUJANA PUTRA, 15 Julai- Seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 49 tahun maut setelah dipercayai terjatuh dan tertimbus di lubang salur "conveyor".
Kejadian berlaku di Batu Krikil, Tanjung Quari 12, berhampiran City Link Bandar Saujana Putra.
Mangsa tertimbus semasa melakukan kerja pemindahan yang dianggarkan pada kedalaman enam meter.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor memaklumkan mereka menerima panggilan hari ini pada pukul 5.08 petang dan mangsa berjaya dikeluarkan melalui Salur "Convenyor" pada pukul 7.00 malam.
"Mangsa yang dikenali sebagai Mujiono disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan.
"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
(Seorang lelaki warganegara Indonesia maut terjatuh ke dalam lubang salur convenyor/Ihsan JBPM)