fb fb fb fb fb

Johor perkasa program silang budaya, demi perpaduan kaum

JOHOR BAHRU, 16 Julai- Kerajaan Johor akan memperhebat program silang budaya bagi memperkasa perpaduan kaum di negeri itu.

Exco Kesihatan dan Perpaduan, Ling Tian Soon berkata banyak program akan dirangka bermula peringkat sekolah sebagai batu loncatan memupuk semangat perpaduan dari usia kecil.

Katanya, program perpaduan bukan sahaja pada sambutan hari kebangsaan sebaliknya bermula dari awal persekolahan supaya dapat memartabatkan semangat nasionalisme.

"Mungkin tahun hadapan kita akan memperhebatkan lagi atau kita letak ia sebagai satu program tahunan bagi kerajaan Johor.

Bukan sahaja silang budaya tetapi semangat bangsa Johor dapat kita utamakan," kata Ling Tian Soon ketika ditemui pemberita selepas selesai Pertandingan Tarian Silang Budaya Peringkat Negeri Johor 2023 yang dilangsungkan di Auditorium Permata Sari, Jabatan Penyiaran Negeri Johor, di sini.


(Exco Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon menyampaikan trofi kepada kumpulan Sanggar Budaya selaku juara)

Pertandingan itu menyaksikan, kumpulan Sanggar Budaya dari Kulai muncul juara, menewaskan sembilan lagi kumpulan lain.

"Konsep tarian tadi ialah keraian. Keraian itu ialah satu persembahan yang kita gabungkan semua elemen bangsa. Alhamdulillah, kami berjaya memenangi tarian silang budaya pelbagai kaum," kata Latipah Abu, Ketua Sanggar Budaya.

Sanggar Budaya membawa pulang RM20,000, trofi dan sijil penyertaan.

Media Baharu