fb fb fb fb fb

PM jemput warga Pulau Pinang hadir sesi Temu Anwar

(Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto fail Bernama)

KUALA LUMPUR, 10 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput warga Pulau Pinang untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang akan diadakan, esok di Universiti Sains Malaysia (USM).

Anwar menerusi kemas kini di Facebook memaklumkan orang ramai yang ingin menghadiri sesi berkenaan boleh membuat pendaftaran menerusi laman web www.temuanwar.com.

"Ayuh warga Pulau Pinang ikut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan esok bersamaan 11 Jun 2023 bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM).

"Seperti kebiasaan, saya akan menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh para peserta yang hadir.

"Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com. Kita jumpa esok!," katanya.

(Poster jemputan program yang akan berlangsung esok/FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu