fb fb fb fb fb

PM jemput warga Kelantan hadir Temu Anwar di UMK

(FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 16 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak warga Kelantan khususnya anak muda untukĀ ikut serta dalam sesi Temu Anwar di Universiti Malaysia Kelantan, Bachok, Ahad ini.

Anwar berkata, pada sesi itu, peserta bebas melontarkan soalan untuk dijawab beliau.

"Peserta bebas melontarkan apa jua soalan ketika sesi ini diadakan dan saya akan menjawabnya," katanya menerusi Facebook rasmi.

Orang ramai di Kelantan boleh membuat pendaftaran bagi menyertai sesi tersebut menerusi laman sesawang temuanwar.com.

(Anwar Ibrahim)

Media Baharu