fb fb fb fb fb

Pemerdagangan orang: Kerajaan tingkat pendakwaan, sabitan kes penjawat awam

(Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail)

PUTRAJAYA, 16 Jun- Usaha terus ditingkatkan pihak kerajaan dalam pendakwaan dan sabitan kes terhadap penjawat awam yang didapati bersubahat dalam aktiviti pemerdagangan orang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu menjadi keutamaan kerajaan apabila ia merupakan antara 15 syor penambahbaikan yang dikemukakan dalam Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang (TIP) Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2023. 

Kerajaan tidak akan sesekali berkompromi terhadap penjawat awam yang terlibat kerana tindakan itu memberi kesan terhadap ekonomi negara.


(Foto hiasan)

“Kalau bandingkan (penjawat awam) dengan pembabitan watak lain (dalam aktiviti pemerdagangan orang) seperti majikan dan ejen, ia tidaklah membimbangkan.

Tetapi, sudah tentu perkara ini dalam radar kita sebab babitkan penjawat awam. Sebab badan yang menilai kita (Malaysia) berpendapat tidak mungkin hal ini berlaku tanpa penglibatan penjawat awam,” katanya.

Beliau bercakap dalam sidang media berkaitan Laporan Tahunan Pemerdagangan Orang Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) 2023 di Putrajaya.

Media Baharu