fb fb fb fb fb

DDI kekal penting, beri sumbangan signifikan kepada KDNK

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 16 Jun- Pelaburan langsung domestik (DDI) kekal penting walaupun tumpuan diberi kepada pelaburan langsung asing (FDI) yang semakin pulih sejak pandemik COVID-19.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, DDI turut menyumbang secara signifikan kepada pertumbuhan Keluaran Dalam negara kasar (KDNK) negara.


(Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz)

"Dari 2013 hingga suku pertama tahun ini, sejumlah RM1.37 trilion DDI telah diluluskan, ini diterajui oleh sektor perkhidmatan, dengan jumlah RM1 trilion, sektor perkilangan menerima RM291.8 bilion dan sektor utama RM74 bilion.

Tambahnya, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), telah meluluskan sejumlah 9 976 projek milik Malaysia dengan pelaburan bernilai RM408 bilion dan mewujudkan hampir 490,000 peluang pekerjaan.

Menyedari kepentingan DDI kepada KDNK, pelbagai inisiatif dilaksana bertujuan mewujudkan ekosistem perindustrian domestik yang kukuh dan menggalakkan pelaburan domestik.

Beliau berkata demikian dalam Majlis pelancaran skim Pembiayaan Peluang Kedua MIDF, di Kuala Lumpur.

Media Baharu