(Foto FB Anwar Ibrahim)
KUALA LUMPUR, 14 Februari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen pada sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) buat kali pertama di Dewan Rakyat pagi ini.
"Insya-Allah pagi ini buat kali pertama saya akan menjawab soalan Ahli-Ahli Parlimen dalam Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat.
"Untuk pengetahuan semua, sesi ini akan diadakan pada setiap hari Selasa pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15," katanya dalam Facebooknya hari ini.
Sesi PMQ mula dilaksanakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen Ke-15 bermula semalam, antara pembaharuan yang dilaksanakan dalam Kerajaan Perpaduan.
(Anwar Ibrahim/BERNAMA)