fb fb fb fb fb

Bekalan air di Selangor pulih sepenuhnya

(Foto BERNAMA)

SHAH ALAM, 14 Februari- Bekalan air di tujuh wilayah di Selangor yang terjejas susulan henti tugas empat Loji Rawatan Air (LRA) kelmarin, sudah pulih sepenuhnya hari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan, pemulihan yang berakhir pada pukul 6.00 pagi itu membabitkan 369 kawasan di Petaling, diikuti Gombak (278), Hulu Selangor (30), Klang & Shah Alam (189), Kuala Langat (tiga) dan Kuala Selangor (168).

"Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Air Selangor pada Ahad melaporkan pihaknya mengesan pencemaran bau di muka sauk LRA Rantau Panjang.

Berikutan itu, Loji Rawatan Air Rantau Panjang (LRA Rantau Panjang) serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3) dihentikan tugas, mengakibatkan sejumlah 1,345 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

(Foto FB Air Selangor)

Media Baharu