PM hargai jentera jayakan Kepengerusian ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 28 Oktober- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan Kepengerusian ASEAN 2025.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengucap terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan Kepengerusian ASEAN 2025.
  • Penghargaan khusus diberi kepada seluruh jentera kerajaan atas penganjuran ratusan mesyuarat dan sesi libat urus.
  • Penglibatan puluhan ribu pekerja sektor penerbangan, keselamatan, pengangkutan dan kastam diiktiraf.
  • Penekanan kepada dedikasi rakyat yang bekerja siang dan malam demi cinta kepada negara.
  • Ucapan terima kasih disampaikan semasa sidang media penutup Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur.

Beliau merakamkan penghargaan khusus kepada seluruh jentera kerajaan yang telah menjayakan ratusan mesyuarat dan sesi libat urus sepanjang tempoh penganjuran.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada anda semua. Puluhan ribu orang daripada sektor penerbangan, keselamatan, pengangkutan, sehingga urusan kastam, semuanya memainkan peranan penting.

“Ini menunjukkan bagaimana puluhan rakyat bekerja bertungkus lumus siang dan malam kerana cinta kepada negara,” kata beliau pada sidang media penutup bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat berkaitan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.