fb fb fb fb fb

PM hadiri Majlis Rumah Terbuka TBC anjuran ACCIM

(Datuk Seri Anwar berucap pada Majlis Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina 2023/BERNAMA))

AMPANG, 28 Januari- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Majlis RumahTerbuka Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCIM) di Seng Peng Hall, Wisma Chinese Chambar, Ampang.

Beliau dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba sekitar jam 11.35 pagi tadi.

Turut hadir sama ialah barisan menteri kabinet dan kepimpinan tertinggi parti politik.

Ini merupakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang ketiga dihadiri perdana memteri selepas Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MCA dan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) pada 22 hari bulan yang lalu.

Majlis dimulakan dengan tarian singa dan persembahan masyarakat Tiong Hua diikuti acara menggaul Yee Sang bersama tetamu kehormat yang lain.

ACCCIM merupakan sebuah organisasi mewakili komuniti ahli perniagaan dan usahawan kaum Cina di Malaysia yang banyak menyumbang jasa dalam pembangunana ekonomi negara.

(ACCIM anjur Majlis Rumah Terbuka TBC)

Media Baharu