fb fb fb fb fb

Digi.com Berhad umum cadangan tukar nama kepada CelcomDigi Berhad

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Digi.com Berhad mengumumkan cadangan menukar namanya kepada CelcomDigi Berhad susulan penggabungan dengan Celcom Axiata Berhad.

Menerusi nota kepada Bursa Malaysia, cadangan itu selaras tanggungjawab syarikat bawah perjanjian pembelian saham bertarikh 21 Jun 2021.

"Lembaga syarikat percaya, penukaran nama itu akan memberi identiti korporat baharu yang mencerminkan syarikat sebagai entiti bergabung selepas penyelesaian penggabungan dengan Celcom pada 30 November 2022," katanya.

(Foto hiasan)

Cadangan nama CelcomDigi Berhad diluluskan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tempahan bagi kegunaan cadangan nama itu dilanjutkan sehingga 14 Mac 2023.

Media Baharu