(Dr. Razman menjangkakan kadar inflasi untuk 2023 kekal pada sekitar 3 hingga 4%,
antara yang terendah di rantau ASEAN)
KUALA LUMPUR, 28 Januari- Kadar inflasi tahun ini dijangka terus mereda, disokong intervensi kerajaan dari sudut monetari dan fiskal.
Ini termasuk pelaksanaan subsidi, menampung kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Selain penetapan kadar faedah oleh Bank Negara.
Demikian pandangan Pensyarah Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.
Beliau menjangkakan kadar inflasi 2023 kekal sekitar 3 peratus hingga 4 peratus, antara yang terendah di rantau ASEAN.
Katanya melangkah ke hadapan, peranan pengguna perlu diperkasakan demi memastikan keanjalan harga di pasaran.
"Antara intervensi lain adalah mengurangkan kebergantungan kepada barangan import maknanya apabila kita memperkasa barangna tempatan kita memastikan bahawa bahan mentah boleh didapati di dalam negara.
"Kita juga membuka ruang untuk peniaga kita mencari alternatif sumber barangan dan perkhidmatan yang sama kualiti tetapi lebih murah maka ini boleh membantu kadar inflasi lebih rendah, " kata Ahmed Razman kepada media di sini.
Dr. Razman juga menjangkakan kadar inflasi untuk 2023 kekal pada sekitar 3 hingga 4%, antara yang terendah di rantau ASEAN.
Kadar inflasi pada Disember 2022 menurun kepada 3.8% berbanding 4.0%bulan sebelumnya.
(Kadar inflasi diramal terus mereda disokong intervensi dari sudut monetari dan fiskal oleh
kerajaan)