fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Johor berkurangan kepada 2,446, tujuh PPS ditutup

JOHOR, 28 Januari- Penduduk terjejas banjir di Johor berkurangan kepada 2,446 orang setakat pukul 12.00 tengah hari berbanding 3,480 orang pada 8.00 pagi tadi.

Ia melibatkan 669 keluarga yang ditempatkan di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataannya berkata, daerah terlibat ialah Segamat, Mersing, Kota Tinggi, Kluang, Batu Pahat, Muar dan Tangkak

Penduduk terjejas banjir paling ramai direkodkan di Mersing iaitu 796 orang yang ditempatkan di enam PPS, diikuti Kluang, 735 orang di empat PPS dan 418 orang penduduk berlindung di lapan PPS di Kota Tinggi.

(Penduduk terjejas banjir di Johor berkurangan kepada 2,446 orang
setakat pukul 12.00 tengah hari)

Sementara itu, sebanyak enam PPS di Mersing dan satu di Segamat ditutup tengah hari ini.

Media Baharu