fb fb fb fb fb

Infrastruktur PDRM di Sarawak, Sabah akan ditambah baik

KUCHING, 28 Januari- Satu perbincangan akan diadakan dengan Kementerian Kewangan(MOF) dan Kementerian Dalam Negeri(KDN) bagi merancang penambahbaikan kemudahan infrastruktur Polis DiRaja Malaysia, PDRM di negeri Sarawak dan Sabah.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata beberapa kemudahan seperti balai polis di kawasan luar bandar didapati berada dalam keadaan daif.

Penambahbaikkan perlu dilakukan bagi menaikkan lagi semangat dan moral warga polis untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang dan efisien.

"Saya kira apa yang ditumpukan oleh Perdana Menteri supaya kita ialah memberi keadilan dan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat kita. Apatah lagi anggota keselamtan yang berkhidmat begitu baik dan menjaga keselamatan dan kesejahteraan negara kita," kata Fadillah kepada media selepas lawatan kerja rasmi pertama beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen, IPK Sarawak, IPK di sini

Katanya kerajaan Persekutuan bersetuju untuk memberi sejumlah peruntukan bawah dana Timbalan Perdana Menteri kepada PDRM Sarawak bagi penambahbaikan bangunan IPK Sarawak.

"Misal kata di balai-balai dalam kawasan Kuching sahaja diperlukan lebih kurang R500,000 untuk menambah baik keadaan dan saya bersetuju untuk memberi peruntukan tersebut iaitu sembilan keseluruhannya," katanya.

(Dato Sri Fadillah ditemui media berkata satu perbincangan akan diadakan dengan MOF dan KDN
bagi merancang penambahbaikan kemudahan infrastruktur PDRM di Sarawak dan Sabah.

 

Media Baharu