fb fb fb fb fb

Agong berkenan rasmi Karnival MAIWP

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Dataran Merdeka, di sini.

Keberangkatan tiba baginda bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Nai'm Mokhtar serta Pengerusi MAIWP, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

Karnival yang bertemakan 'Kecemerlangan MAIWP ke Arah 50 Tahun' itu berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Ia menghimpunkan 100 reruai meliputi pameran, jualan usahawan asnaf, perkhidmatan dan institusi pendidikan serta kesihatan bawah MAIWP.

(Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat ke
Majlis Perasmian Karnival MAIWP di sini)

Turut akan diadakan esok, Walimatul Urus Perdana melibatkan 100 pasangan daripada golongan mualaf dan asnaf.

Media Baharu