fb fb fb fb fb

PM guna kenderaan sedia ada di pejabat, tolak Mercedes S600

(Hantaran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook) 

KUALA LUMPUR, 28 November - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menggunakan apa saja kenderaan sedia ada di pejabat bagi kegunaan harian dan menolak kenderaan jenis Mercedes S600.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata langkah tersebut diambil kerana tidak mahukan sebarang perbelanjaan baharu dibuat ke atas beliau.


(Foto FB Anwar Ibrahim)

“Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600, yang telah dibeli dan diperoleh oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum saya memasuki pejabat,” kata beliau dalam hantaran tersebut.

Anwar, 75, yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini pada Khamis, sebelum ini mengumumkan untuk mengurangkan pembaziran dalam pentadbirannya.

Media Baharu