fb fb fb fb fb

Malaysia komited perjuang isu Palestin di persada antarabangsa

(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima panggilan video daripada bekas Perdana Menteri
Pihak Berkuasa Palestin, Ismail Haniyeh) 

KUALA LUMPUR, 28 November - Malaysia komited untuk memperjuangkan isu kesejahteraan rakyat Palestin di persada antarabangsa, jelas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Menerusi hantaran di Twitter, beliau berkata telah menegaskan komitmen itu ketika menerima panggilan telefon daripada pimpinan Hamas, Khaled Mesh’al. 

(Foto fail)

Sebelum menerima panggilan Khaled, bekas Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Ismail Haniyeh, turut menghubunginya menerusi panggilan video.  

“Selain menyampaikan ucapan tahniah atas pelantikan Perdana Menteri ke-10, beliau turut memuji kesungguhan seluruh rakyat Malaysia yang memastikan proses peralihan kepimpinan negara berjalan dalam keadaan aman dan demokratik,” kata Perdana Menteri.

Media Baharu