fb fb fb fb fb

Banjir di Perak: Seramai 199 orang masih berada di dua PPS

IPOH, 28 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di negeri Perak adalah seramai 199 orang daripada 63 keluarga sehingga pukul 10 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di dua daerah berbeza.

(Foto fail)

PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di daerah Manjung menempatkan 182 penduduk daripada 57 keluarga.
 
Manakala, PPS Sekolah Agama Rakyat Shafie Batu Hampar di daerah Larut Matang dan Selama menempatkan 17 penduduk daripada 6 keluarga.

Media Baharu