ROM, 2 Julai-Diaspora Malaysia di luar negara disaran memainkan peranan sebagai duta kecil di persada antarabangsa.
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, mereka wajar merebut peluang yang ada bagi memperkukuh ilmu, kemahiran serta jaringan.
Pendekatan itu membolehkan mereka menyumbang kembali kepada negara.
"Orang Itali atau Roman mengenali dan tahu perkara yang anda lakukan (termasuk) perkara yang anda katakan dan bagaimana anda mempromosikan negara (Malaysia). Anda sebenarnya adalah duta negara", katanya ketika berucap pada majlis makan malam di sini.
Lebih 50 rakyat Malaysia yang menetap di Itali hadir majlis tersebut.
Turut serta.. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.
Juga bersama..Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.