KUALA LUMPUR, 19 Februari- Industri perbankan negara digesa agar kekal berdaya saing untuk tangani kerumitan dan percanggahan pada era pasca normal ketika ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana institusi kewangan adalah antara tonggak sistem ekonomi negara.
"Tonggak kekuatan ekonomi (negara) juga (terletak) pada keupayaan, kekuatan, kelestarian institusi kewangan.
"(Jika) institusi kewangan itu gagah perkasa dan diyakini, ia akan membantu perhatian, keyakinan rakyat dan pelabur sama ada domestik atau global," katanya pada Majlis Pelancaran Program Memperkasakan PKS, myimpact SME Hub di Menara Maybank hari ini.
Jelas beliau, Maybank merupakan institusi kewangan gergasi yang melakar sejarah seiiring dengan perkembangan ekonomi negara ini.