fb fb fb fb fb

PM doakan Faisal Halim segera sembuh

Faisal Halim/Instagram @faisalhalim.7

KUALA LUMPUR, 8 Mei- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan tonggak skuad Harimau Malaya, Faisal Halim dikurniakan kesembuhan segera dan dapat kembali meneruskan perjuangan dalam sukan bola sepak.

Anwar memaklumkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi mewakili beliau menziarahi Faisal yang dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat disimbah asid.

"Mendoakan agar saudara Faisal dikurniakan afiyah sesegera mungkin dan dapat kembali meneruskan perjuangannya dalam sukan bola sepak," menurut hantaran ringkas Anwar menerusi Facebook.

Faisal, atau lebih dikenali sebagai Mickey telah disimbah asid dalam insiden di sebuah pusat membeli-belah di Damansara pada Ahad lepas.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, pemain Selangor FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat insiden tersebut dan beliau kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan. 

ARTIKEL BERKAITAN
Polis siasat kes Faisal Halim disimbah asid
Faisal Halim dipercayai diserang dengan asid
Serangan asid: Faisal Halim stabil, melecur tahap dua - Exco
Faisal Halim dipantau di ICU, alami kelecuran tahap empat
Beri keutamaan kesihatan Faisal Halim - Hannah

SITI AISHAH MD ISA