fb fb fb fb fb

PM desak dunia tekan Israel, henti serangan ke atas Iran

Foto RTM

KUCHING, 22 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa masyarakat dunia agar terus memberi tekanan kepada Israel untuk hentikan serangan terhadap Iran.

Jelasnya tindakan negara haram itu hanya mengorbankan lebih banyak nyawa, sekiranya serangan dilancarkan berterusan. Menurutnya lagi, tanpa tekanan beliau percaya perkara itu akan memberi kesan kepada ekonomi dunia.

"Dan sekarang bila ada campur tangan dari Amerika Syarikat lebih mengeruhkan kalau Selat Hormuz itu ditutup akan menjadi permasalahan besar kepada ekonomi dunia, dan yang penting sekali nyawa manusia," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan bersama Presiden Keadilan di Kuching, petang tadi.

Beliau menegaskan bahawa nyawa manusia harus diberi keutamaan, apatah lagi dalam situasi terkini yang menyaksikan pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis terhadap rakyat Gaza. Tambahnya, campur tangan Amerika Syarikat itu hanya akan memburukkan lagi ketegangan di rantau tersebut.

Terdahulu, beliau yang juga Presiden PKR, mengadakan pertemuan tertutup dengan 300 ahli dan ketua-ketua cabang parti berkenaan.

SITI NOORAIN ABDULLAH