fb fb fb fb fb

Sasar Jelebu jadi hab pengeluaran durian utama Negeri Sembilan

Foto fail

JELEBU, 22 Jun - Negeri Sembilan menyasarkan untuk menjadikan daerah Jelebu sebagai Hab Pengeluaran Durian utama negeri itu.

Exco Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, pada tahun lalu sahaja, Jelebu telah menyumbang sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan 24,247 metrik tan hasil pertanian di daerah tersebut yang terdiri daripada durian.

Kerajaan negeri optimis durian dari daerah itu mampu menembusi pasaran antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang.

Para petani juga diminta untuk menggandakan penanaman durian bagi meningkatkan hasil berlipat kali ganda.

"Durian seperti kita janjikan tahun lepas, Jelebu akan kita dirikan kilang memproses durian dalam kawasan DUN Chennah dan DUN Klawang bagi memastikan semua produk durian daripada petani tempatan dapat kita tingkatkan harga pasaran. Kita tidak mahu penekanan daripada orang tengah sehingga membuatkan penanaman durian alami harga rendah untuk tempoh akan datang," kata Datuk Seri Jalaluddin.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Penutup Jelebu Agro Fest 2025 di Stadium Majlis Daerah Jelebu.

Agro Festival merupakan penjenamaan semula bagi program yang dahulunya dikenali sebagai Hari Ladang. Bagi tahun 2025, Agro Festival Negeri Sembilan telah bermula pada 20 Jun dengan daerah Jelebu menjadi lokasi pelancaran pertama. 

Program itu akan diteruskan secara bergilir-gilir ke daerah-daerah lain seluruh negeri hingga Oktober 2025, dan Kuala Pilah akan menjadi lokasi penutup bagi siri Agro Festival tahun ini. 

TETITIA YUSOFF