fb fb fb fb fb

PM China tiba di Malaysia hadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China

Perdana Menteri China, Li Qiang tiba di Kuala Lumpur hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak pertama ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China / Foto Bernama

SEPANG, 26 Mei – Perdana Menteri China, Li Qiang tiba di Malaysia hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang diadakan buat pertama kalinya di Kuala Lumpur.

Pesawat khas yang membawa Li dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.20 tengah hari.

Ketibaan beliau disambut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing.

Li turut diberi penghormatan rasmi dengan memeriksa kawalan kehormatan terdiri daripada 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai Kapten Muhammad Firdaus Mat Hayin.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini dan esok yang turut merangkumi Sidang Kemuncak ASEAN-GCC ke-2 dan Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN