JOHOR BAHRU, 25 Mei– Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa bertemu dengan skuad Harimau Malaya yang kini sedang menjalani sesi latihan di Johor Bahru, selepas menghadiri Kongres Nasional KEADILAN.
Dalam pertemuan itu, beliau meniupkan kata-kata semangat kepada barisan pemain kebangsaan yang bakal menghadapi perlawanan penting menentang Vietnam dalam pusingan kelayakan akhir Piala Asia 2027, bulan depan.
“Seluruh rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang kalian, memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi,” katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.