fb fb fb fb fb

PM beri amaran henti main isu 3R kepada pemimpin politik

(FOTO FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, malam ini memberi amaran terakhir kepada semua pihak termasuk pemimpin politik tanpa mengira pangkat dan kedudukan supaya berhenti memainkan isu bangsa, agama dan institusi diraja (3R), semata-mata untuk mengekalkan serta meraih kuasa.

Beliau berkata, polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan memantau semua isu berkaitan 3R yang dibangkitkan serta  mengambil tindakan jika didapati menimbulkan huru-hara dan mengorbankan kepentingan rakyat pelbagai kaum serta agama di negara ini.

"Jadi setakat ini, cukup dengan mesej ini, maknanya amaran terakhir daripada kerajaan, saya selaku perdana menteri tidak ada pilihan lain kerana desakan daripada kalangan berfikir untuk pertahankan keselamatan negara.

"Ini mengatasi kepentingan kerana orang tertentu merasakan kedudukan mereka terlalu tinggi dan hebat, tidak mungkin terdakwa atau tercabar. Kita tidak boleh pandang dan pilih kedudukan, pangkat, keturunan atau kekayaan. Saya anggap keadaan ini sudah sampai agak serius kerana sudah puluhan tahun, kita belum nampak dan lihat kenyataan yang melampau dan dibiarkan,"katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di ibu negara.


(FOTO FB Anwar Ibrahim)

Media Baharu