fb fb fb fb fb

Hujan lebat di India, 12 rakyat Malaysia terputus hubungan

(Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 12 Julai- Kementerian Luar Negeri melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mengesan 12 rakyat Malaysia yang terputus hubungan ekoran fenomena hujan lebat di pergunungan Manali, Himachal Pradesh pada 9 Julai lalu.

Menurut Kementerian Luar Negeri, pihaknya akan terus memantau perkembangan di Himachal Pradesh itu.

"Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular diminta untuk berhubung terus dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi.

"Rakyat Malaysia perlu lebih berhati-hati dan terus berwaspada serta sentiasa mengikuti perkembangan cuaca di setiap lokasi dikunjungi.

"Sebarang perkembangan terkini mengenai status rakyat Malaysia yang terkesan dalam kejadian ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi boleh dihubungi menerusi talian +91 85955 50594 atau laman sesawang, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.," menurut kenyataan tersebut.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu