fb fb fb fb fb

PRU DUN ke-15: Kerajaan Perpaduan sudah muktamadkan pembahagian kerusi

(Sidang media selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan)

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan telah memuktamadkan pembahagian kerusi di enam negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (PRU DUN ke-15) pada 12 Ogos ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan perkara tersebut selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut malam ini.

"Dimuktamadkan di semua negeri, ada satu dan dua negeri sahaja (yang ada persoalan) kita akan bincang dan selesaikan malam ini. Pengumuman calon, dalam dua ke tiga hari lagi kita akan bagi tarikh,"katanya.

Turut hadir beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof dan Presiden Parti Amanah Negara Datuk Seri Mohamad Sabu.

Sementara itu, Perdana Menteri yakin Kerajaan Perpaduan mampu menawan keenam-enam negeri dalam Pilihan Raya DUN ke-15 yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Saya percaya dan tambah yakin, mesyuarat pada malam ini memberi penekanan kuat tentang keperluan keutuhan Kerajaan Perpaduan menjamin kestabilan supaya dapat memacu pertumbuhan ekonomi serta menjamin kemakmuran dan kesejahteraan rakyat,"katanya.

Beliau berkata demikan dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan di ibu negara.

Mengangkat tema 'Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran' , ia diharap mampu memacu ekonomi dengan lebih baik.

Perdana Menteri turut memaklumkan kerajaan perpaduan juga sedang giat melancarkan jentera perpaduan melalui Jelajah Perpaduan MADANI di keenam-enam negeri yang terlibat dalam pilihan raya.


(Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas
Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan)

 

Dalam pada itu, negeri-negeri bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan komited dalam membantu jentera di enam negeri yang terlibat dalam PRU DUN ke-15.

Ini bagi memastikan kerajaan MADANI terus mendapat mandat di enam-enam negeri tersebut.

"Kita daripada kerajaan negeri Sarawak, sebagai anggota Kerajaan Perpaduan komited supaya di peringkat nasional, mesti utuh dan meyumbang ke arah keutuhan negara bangsa serta memberi satu jaminan bahawa tidak ada peralihan kuasa melalui pertukaran yang tidak berlandaskan demokrasi.

"Sarawak komited dan pertahankan perpaduan yang ada di peringkat nasional supaya kerajaan dapat melaksanakan tanggungjawab seperti mana dikehendaki rakyat supaya Malaysia membangun dan terus menjadi negara yang lebih kompentitif,"jelas Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.

"Kerajaan Sabah, inginkan satu perpaduan dan juga kestabilan demi kemakmuran masa depan negara, kerana itu saya telah tekankan dalam mesyuarat bahawa kita komited untuk memberi sokongan yang padu kepada Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri.

"Insya-Allah Sabah akan turun untuk membantu negeri-negeri yang akan mengadakan pilihan raya nanti,"kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Media Baharu