PM Bangladesh diberi sambutan rasmi di Putrajaya

Foto RTM

PUTRAJAYA , 22 Jun – Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman yang memulakan lawatan rasmi selama dua hari ke Malaysia diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Diterima rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri; lagu kebangsaan dimainkan dan pemeriksaan kawalan kehormatan dijalankan.
  • Mengadakan mesyuarat dua hala, menandatangani buku pelawat, pertukaran memorandum persefahaman dan sidang media bersama Perdana Menteri.
  • Lawatan turut diiringi Menteri Luar Bangladesh dan bertujuan memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.

Ketibaan beliau disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pukul 9 pagi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Tarique kemudian memeriksa kawalan kehormatan yang terdiri daripada 3 pegawai dan 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat) yang diketuai Mejar Nur Ahmad Zaim Zahari.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil termasuk diplomat asing serta pegawai kanan kerajaan.

Selepas upacara sambutan rasmi, Tarique menandatangani buku pelawat sebelum menghadiri mesyuarat dua hala diikuti majlis pertukaran memorandum persefahaman (MoU) dan sidang media bersama Datuk Seri Anwar.

Beliau kemudiannya dijadualkan menghadiri jamuan tengah hari yang dihoskan oleh Datuk Seri Anwar di Kompleks Seri Perdana.

Ini merupakan lawatan rasmi dua hala pertama beliau ke luar negara sejak memegang jawatan pada Februari lalu.

Lawatan Tarique kali ini memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama dalam bidang kepentingan bersama.

Delegasi Bangladesh turut diiringi Menteri Luarnya Dr. Khalilur Rahman serta pegawai kanan kerajaan sepanjang lawatan berkenaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.