fb fb fb fb fb

PM arah semak larangan Fahmi Reza ke luar negara

Foto FB Fahmi Reza

KUALA LUMPUR, 8 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Timbalan Ketua Polis Negara untuk menyemak isu larangan keluar negara yang dikenakan terhadap aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza.

Arahan tersebut dibuat susulan laporan mengenai sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas individu berkenaan.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, Kerajaan MADANI menjunjung tinggi prinsip kebebasan individu selagi mana ia tidak menjejaskan keselamatan negara atau melanggar undang-undang sedia ada.

"Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta memberikan penjelasan lanjut berhubung perkara tersebut.

"Pejabat Perdana Menteri akan terus memantau perkembangan isu ini dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM