(FOTO BERNAMA)
GEORGE TOWN, 5 Ogos- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan perbincangan dengan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan malam ini.
Perbincangan secara panggilan telefon itu bakal memperincikan mengenai peningkatan pelaburan Malaysia-Turkiye.
"Petang ini Recep Tayyip Erdogan akan berhubung dengan saya melalui telefon untuk berbincang mengenai tingkat pelaburan Turkiye-Malaysia, Alhamdulliah ini kerana kerajaan kita stabil, negara aman,"katanya.
Sementara itu, Perdana Menteri memaklumkan usaha merancakkan aktiviti ekonomi dan menokhtahkan kemiskinan akan disegerakan khusus dalam kalangan masyarakat bumiputera menjelang penghujung tahun ini.
Beliau berkata, pihaknya telah mengarahkan unit penyelarasan bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membantu merealisasikan hasrat berkenaan.
Beliau berucap pada pada Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2023 di Kepala Batas, Pulau Pinang.
(FOTO BERNAMA)